top of page
image.png

English

To: Modalku Ventures Sdn Bhd [201601019329 (1190266-X)](“MV”)  
Unit 15.01 & 15.02, Level 15, Mercu 3, KL Eco City,  
Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur  

Dear Sir(s),

This Statement of Consent on Authorization (“SoC”) of the undersigned as director(s), commissioner(s), shareholder(s), guarantor(s), partner(s) and/or in his/her capacity as the authorized representative ( “Authorizer”), or as related or associated parties or stakeholders in the following company (as the context requires in the sole discretion of MV) (collectively the “Parties”)

The Company and Parties’ Unconditional Consent to MV, which, to the extent permissible by law and Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”) in particular, shall function as the sole and acceptable proof of irrevocable consent to grant MV the following unconditional authority to:
 

a. Process, verify and review or assess the application for the obtaining of loan and/or its associated documents (including other requirements as mandated by and in the sole discretion of MV) (“Assessment”) as submitted by the Parties to MV or similar transaction in the ordinary course of its business with due observance of and with reference to the Terms and Conditions, Terms of Service, and Privacy Notice available on www.fundingsocieties.com.my including the amendments thereof from time to time;

 

b. Obtain, receive, collect, use, process and review any information and data relating to the Company’s sales and transactions, including its gross merchandise value for at least the preceding twelve (12) months, sales proceeds, transaction records and other related information, from Hundred Doors Sdn. Bhd., MV’s appointed programme partner, and/or Beez Fintech Sdn. Bhd., the operator of the Bayarlah platform on which the Company is onboarded as a merchant, for the purposes of carrying out and completing the aforesaid Assessment;

c. Carry out required actions in accordance with MV’s internal policy and procedure for the purpose of implementing or completing the aforesaid Assessment, including but not limited to:

 

i. Conducting due diligence on each document submitted by the Parties and/or as required by MV from time to time in relation to the Assessment;

iii. Procuring the Company and Parties’ personal credit records or history through any registered credit reporting agencies under the CRA Act (Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (820050-T), CTOS Data Systems Sdn Bhd (247651-H) and Experian Information Services (Malaysia)Sdn Bhd (532271-T)), including CCRIS, DCHEQS and any other credit or trade information from relevant data sources, and;

 

iii. Granting consent to the registered credit reporting agencies to disclose credit, trade or any information pursuant to checks, review, monitoring and verifications mentioned in b.ii relating to the Company and/or Parties providing securities to the Company, relevant third parties and/or data processor either located within or places outside Malaysia when required, and share this information to other subscribers of the credit reporting agency/ies’ services;

d. Refrain from undertaking or being involved in any action(s) aimed to revoke or terminate the authority or consent granted hereunder or annul this SoC by any means or under any circumstance whatsoever until full completion of the Assessment as notified by MV in its sole discretion, unless otherwise decided by MV.

 

The Company and Parties undertake and covenant that this SoC shall:

1) Be governed under and construed in accordance with Malaysia laws;

2) Be effective and binding to the Company, Parties and MV from the date of this SoC where it is signed by, sent to and accepted by MV (and therefore is implemented by MV as proof of its receipt and acceptance), unless otherwise agreed in writing by them (“Effective Date”);

3) Allow the database of MV and the relevant registered credit reporting agency/ies to retain credit and trade information relating to the Company and Parties as long as it is in compliance with the applicable laws & any changes thereto (including PDPA), and therefore the Company and Parties to indemnify, keep harmless, release and discharge MV, the relevant registered credit reporting agency/ies, their respective directors, officers, members, servants or agents from all liability and detrimental consequences however arising from or in connection with the abovementioned consent and the exercise of any/all stated activity including the subsequent disclosure of any information relating to the Company and Parties;

4) Be signed without and under no duress or coercion, undue influence and unconscionable bargains whatsoever which may cause this SoC to be invalid, unenforceable, void or voidable; and

5) Not be in contravention of all agreements, arrangements or commitments to which the Company and/or any of the Parties is a party and therefore no further or subsequent approval is required to effectuate it.

In witness whereof, this SoC has been executed on the date and year first above written and shall constitute a valid and absolute proof of consent of the Parties to the matters set out herein. This SoC shall be irrevocable and continue to be valid as long as existing business relationship/credit facility/transaction/potential engagement continues to exist and/or any dues owed by the Company and Parties remain outstanding.

Bahasa Malaysia

Kepada : Modalku Ventures Sdn Bhd [201601019329 (1190266-X)](“MV”)  
Unit 15.01 & 15.02, Level 15, Mercu 3, KL Eco City,  
Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur  

Tuan/Puan,

Pernyataan Persetujuan Pemberian Kuasa (“SoC”) ini dibuat oleh penandatangan di bawah dalam kapasiti sebagai pengarah, pesuruhjaya, pemegang saham, penjamin, rakan kongsi dan/atau wakil yang diberi kuasa (“Pemberi Kuasa”), atau sebagai pihak berkaitan atau bersekutu atau pemegang kepentingan dalam syarikat berikut (sebagaimana yang dikehendaki oleh konteks mengikut budi bicara mutlak MV) (secara kolektif, “Pihak-Pihak”).

Persetujuan Tanpa Syarat Syarikat dan Pihak-Pihak kepada MV, yang, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan khususnya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”), hendaklah berfungsi sebagai satu-satunya bukti yang boleh diterima bagi persetujuan yang tidak boleh ditarik balik untuk memberikan kepada MV kuasa tanpa syarat seperti yang berikut:

a. Memproses, mengesahkan dan menyemak atau menilai permohonan untuk mendapatkan pinjaman dan/atau dokumen yang berkaitan dengannya (termasuk keperluan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh MV mengikut budi bicara mutlaknya) (“Penilaian”) yang dikemukakan oleh Pihak-Pihak kepada MV, atau transaksi seumpamanya dalam urusan biasa perniagaannya, dengan mematuhi serta merujuk kepada Terma dan Syarat, Terma Perkhidmatan dan Notis Privasi yang tersedia di www.fundingsocieties.com.my, termasuk apa-apa pindaan terhadapnya dari semasa ke semasa;

 

b. Mendapatkan, menerima, mengumpul, menggunakan, memproses dan menyemak apa-apa maklumat dan data berkaitan jualan dan transaksi Syarikat, termasuk nilai kasar dagangannya bagi sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan terdahulu, hasil jualan, rekod transaksi dan maklumat lain yang berkaitan, daripada Hundred Doors Sdn. Bhd., rakan program yang dilantik oleh MV, dan/atau Beez Fintech Sdn. Bhd., pengendali platform Bayarlah yang menerima Syarikat sebagai pedagang, bagi tujuan menjalankan dan menyempurnakan Penilaian tersebut;

c. Melaksanakan tindakan yang diperlukan selaras dengan dasar dan prosedur dalaman MV bagi tujuan melaksanakan atau menyempurnakan Penilaian tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

 

i. Menjalankan usaha wajar terhadap setiap dokumen yang dikemukakan oleh Pihak-Pihak dan/atau sebagaimana yang dikehendaki oleh MV dari semasa ke semasa berhubung dengan Penilaian;

ii. Mendapatkan rekod atau sejarah kredit peribadi Syarikat dan Pihak-Pihak melalui mana-mana agensi pelaporan kredit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (820050-T), CTOS Data Systems Sdn Bhd (247651-H) dan Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd (532271-T)), termasuk CCRIS, DCHEQS dan apa-apa maklumat kredit atau perdagangan lain daripada sumber data yang berkaitan; dan

 

iii. Memberikan persetujuan kepada agensi pelaporan kredit yang berdaftar untuk mendedahkan maklumat kredit, perdagangan atau apa-apa maklumat menurut pemeriksaan, semakan, pemantauan dan pengesahan yang dinyatakan dalam b.ii berkaitan Syarikat dan/atau Pihak-Pihak yang menyediakan jaminan kepada Syarikat, pihak ketiga yang berkaitan dan/atau pemproses data, sama ada yang berada di Malaysia atau di luar Malaysia apabila diperlukan, serta berkongsi maklumat ini dengan pelanggan lain bagi perkhidmatan agensi pelaporan kredit tersebut;

d. Tidak melakukan atau terlibat dalam apa-apa tindakan yang bertujuan untuk menarik balik atau menamatkan kuasa atau persetujuan yang diberikan di bawah ini, atau membatalkan SoC ini dengan apa-apa cara atau dalam apa jua keadaan sehingga Penilaian selesai sepenuhnya sebagaimana yang dimaklumkan oleh MV mengikut budi bicara mutlaknya, melainkan diputuskan sebaliknya oleh MV.

Syarikat dan Pihak-Pihak mengaku janji dan bersetuju bahawa SoC ini hendaklah:

  1. Ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia;

  2. Berkuat kuasa dan mengikat Syarikat, Pihak-Pihak dan MV mulai tarikh SoC ini ditandatangani, dihantar kepada dan diterima oleh MV (dan seterusnya dilaksanakan oleh MV sebagai bukti penerimaan dan persetujuannya), melainkan dipersetujui sebaliknya secara bertulis oleh mereka (“Tarikh Kuat Kuasa”);

  3. Membenarkan pangkalan data MV dan agensi pelaporan kredit yang berkaitan menyimpan maklumat kredit dan perdagangan berkaitan Syarikat dan Pihak-Pihak selagi ia mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa termasuk PDPA dan sebarang pindaan daripadanya. Oleh itu, Syarikat dan Pihak-Pihak bersetuju untuk menanggung rugi, melepaskan dan membebaskan MV, agensi pelaporan kredit yang berkaitan serta para pengarah, pegawai, ahli, kakitangan atau ejen mereka daripada sebarang liabiliti dan akibat yang merugikan yang timbul daripada atau berkaitan dengan persetujuan yang diberikan ini serta pelaksanaan mana-mana aktiviti yang dinyatakan termasuk pendedahan maklumat berkaitan Syarikat dan Pihak-Pihak;

  4. Ditandatangani secara sukarela dan tanpa sebarang tekanan atau paksaan, pengaruh tidak wajar atau urusan yang tidak berpatutan yang boleh menyebabkan SoC ini menjadi tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan, terbatal atau boleh dibatalkan; dan

  5. Tidak melanggar mana-mana perjanjian, aturan atau komitmen yang melibatkan Syarikat dan/atau mana-mana Pihak, dan oleh itu tiada kelulusan lanjut atau susulan diperlukan untuk melaksanakannya.

Sebagai bukti, SoC ini telah disempurnakan pada tarikh dan tahun yang mula-mula dinyatakan di atas dan hendaklah menjadi bukti persetujuan yang sah dan mutlak daripada Pihak-Pihak terhadap perkara yang dinyatakan di dalamnya. SoC ini tidak boleh ditarik balik dan hendaklah terus sah selagi hubungan perniagaan/kemudahan kredit/transaksi/potensi urusan sedia ada terus wujud dan/atau apa-apa jumlah yang terhutang oleh Syarikat dan Pihak-Pihak masih belum dijelaskan.

FILL IN THE FORM BELOW
SILA ISI RUANGAN DI BAWAH

Applicant Information / Maklumat Pemohon

Business Information / Maklumat Perniagaan

DIRECTOR / PARTNER DETAILS :

(Sdn. Bhd. Only / Sdn. Bhd. Sahaja)

Berapa DIRECTORS / PARTNERS anda ada? || How many DIRECTORS / PARTNERS do you have?

_____________________________


Loan Information/ Maklumat Pinjaman

Tempoh Pinjaman / Loan Tenure
6 Bulan / 6 Months
12 Bulan / 12 Months

_____________________________



Split Payment Ratio % / Kadar Potongan Harian %

Split Payment Ratio (%) / Kadar Potongan Harian (%)
10%
20%
30%

_____________________________



Muat Naik Kad Perngenalan Pemohon / Upload Applicant's IC

MyDataHub.Ai satu inisiatif daripada MDEC dan Dattel

bottom of page