
English
To: Modalku Ventures Sdn Bhd [201601019329 (1190266-X)](“MV”)
Unit 15.01 & 15.02, Level 15, Mercu 3, KL Eco City,
Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur
Dear Sir(s), This Statement of Consent on Authorization (“SoC”) of the undersigned as director(s), commissioner(s), shareholder(s), guarantor(s), partner(s) and/or in his/her capacity as the authorized representative ( “Authorizer”), or as related or associated parties or stakeholders in the following company (as the context requires in the sole discretion of MV) (collectively the “Parties”)
The Company and Parties’ Unconditional Consent to MV, which, to the extent permissible by law and Personal Data Protection Act 2012 (“PDPA”) in particular, shall function as the sole and acceptable proof of irrevocable consent to grant MV the following unconditional authority to:
a. process, verify and review or assess the application for the obtaining of loan and/or its associated documents (including other requirements as mandated by and in the sole discretion of MV) (“Assessment”) as submitted by the Parties to MV or similar transaction in the ordinary course of its business with due observance of and with reference to the Terms and Conditions, Terms of Service, and Privacy Notice available on www.fundingsocieties.com.my including the amendments thereof from time to time;
b. carry out required actions in accordance with MV’s internal policy and procedure for the purpose of implementing or completing the aforesaid Assessment, including but not limited to:
i. conducting due diligence on each document submitted by the Parties and/or as required by MV from time to time in relation to the Assessment;
ii. procuring the Company and Parties’ personal credit records or history through any registered credit reporting agencies under the CRA Act (Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (820050-T), CTOS Data Systems Sdn Bhd (247651-H) and Experian Information Services (Malaysia)Sdn Bhd (532271-T)), including CCRIS, DCHEQS and any other credit or trade information from relevant data sources, and;
iii. granting consent to the registered credit reporting agencies to disclose credit, trade or any information pursuant to checks, review, monitoring and verifications mentioned in b.ii relating to the Company and/or Parties providing securities to the Company, relevant third parties and/or data processor either located within or places outside Malaysia when required, and share this information to other subscribers of the credit reporting agency/ies’ services;
c. refrain from undertaking or being involved in any action(s) aimed to revoke or terminate the authority or consent granted hereunder or annul this SoC by any means or under any circumstance whatsoever until full completion of the Assessment as notified by MV in its sole discretion, unless otherwise decided by MV.
The Company and Parties undertake and covenant that this SoC shall:
1) be governed under and construed in accordance with Malaysia laws;
2) be effective and binding to the Company, Parties and MV from the date of this SoC where it is signed by, sent to and accepted by MV (and therefore is implemented by MV as proof of its receipt and acceptance), unless otherwise agreed in writing by them (“Effective Date”);
3) allow the database of MV and the relevant registered credit reporting agency/ies to retain credit and trade information relating to the Company and Parties as long as it is in compliance with the applicable laws & any changes thereto (including PDPA), and therefore the Company and Parties to indemnify, keep harmless, release and discharge MV, the relevant registered credit reporting agency/ies, their respective directors, officers, members, servants or agents from all liability and detrimental consequences however arising from or in connection with the abovementioned consent and the exercise of any/all stated activity including the subsequent disclosure of any information relating to the Company and Parties;
4) be signed without and under no duress or coercion, undue influence and unconscionable bargains whatsoever which may cause this SoC to be invalid, unenforceable, void or voidable; and
5) not be in contravention of all agreements, arrangements or commitments to which the Company and/or any of the Parties is a party and therefore no further or subsequent approval is required to effectuate it.
In witness whereof, this SoC has been executed on the date and year first above written and shall constitute a valid and absolute proof of consent of the Parties to the matters set out herein. This SoC shall be irrevocable and continue to be valid as long as existing business relationship/credit facility/transaction/potential engagement continues to exist and/or any dues owed by the Company and Parties remain outstanding.
Bahasa Malaysia
Kepada : Modalku Ventures Sdn Bhd [201601019329 (1190266-X)](“MV”)
Unit 15.01 & 15.02, Level 15, Mercu 3, KL Eco City,
Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur
Tuan/Puan,
Penyataan Persetujuan mengenai Pemberian Kuasa (“SoC”) ini adalah daripada pihak yang menandatanganidi bawah selaku pengarah, komisioner, pemegang saham, penjamin, rakan kongsi dan/atau dalam kapasiti beliau sebagai wakil yang diberi kuasa (“Pemberi Kuasa”), atau sebagai pihak berkaitan atau pihak bersekutu atau pihak berkepentingan dalam syarikat berikut (sebagaimana konteksnya yang ditentukan atas budi bicara mutlak MV) (secara kolektif, “Pihak-Pihak”):
Syarikat dan Pihak-Pihak dengan ini memberikan Persetujuan Tanpa Syarat kepada MV, yang sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang dan khususnya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”), dan yang akan berfungsi sebagai bukti tunggal serta boleh diterima bagi persetujuan muktamad yang tidak boleh ditarik balik untuk memberikan MV kuasa tanpa syarat seperti berikut:
a. memproses, mengesah dan menilai permohonan untuk mendapatkan pinjaman dan/atau dokumen berkaitan (termasuk keperluan-keperluan lain sebagaimana ditetapkan dan atas budi bicara mutlak MV) (“Penilaian”) sebagaimana dikemukakan oleh Pihak-Pihak kepada MV, atau transaksi seumpamanya dalam urusan perniagaan biasa dengan mematuhi dan merujuk kepada Terma dan Syarat, Terma Perkhidmatan, dan Notis Privasi yang tersedia di www.fundingsocieties.com.my termasuk pindaan dari semasa ke semasa;
b. melaksanakan tindakan yang diperlukan selaras dengan dasar dan prosedur dalaman MV bagi tujuan melaksanakan atau menyempurnakan Penilaian tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
i. menjalankan usaha wajar ke atas setiap dokumen yang dikemukakan oleh Pihak-Pihak dan/atau sebagaimana diperlukan oleh MV dari semasa ke semasa berkaitan Penilaian;
ii. mendapatkan rekod atau sejarah kredit peribadi Syarikat dan Pihak-Pihak melalui sebarang agensi pelaporan kredit berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (CRA) [Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (820050-T), CTOS Data Systems Sdn Bhd (247651-H) dan Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd (532271-T)], termasuk CCRIS, DCHEQS dan sebarang maklumat kredit atau perdagangan selain daripada sumber data berkaitan; dan
iii. memberikan persetujuan kepada agensi pelaporan kredit berdaftar untuk mendedahkan maklumat kredit, perdagangan atau sebarang maklumat menurut semakan, kajian, pemantauan dan pengesahan yang dinyatakan dalam perenggan b.ii yang berkaitan dengan Syarikat dan/atau Pihak-Pihak yang menyediakan sekuriti kepada Syarikat, pihak ketiga yang berkaitan dan/atau pemproses data sama ada yang terletak di dalam atau di luar Malaysia apabila diperlukan, serta berkongsi maklumat ini kepada pelanggan lain perkhidmatan agensi pelaporan kredit berkenaan;
c. menahan diri daripada mengambil atau terlibat dalam sebarang tindakan yang bertujuan untuk membatalkan atau menamatkan kuasa atau persetujuan yang diberikan di bawah ini, atau membatalkan SoC ini dengan apa jua cara atau dalam apa jua keadaan, sehingga Penilaian disempurnakan sepenuhnya sebagaimana dimaklumkan oleh MV atas budi bicara mutlaknya, kecuali jika MV memutuskan sebaliknya.
Syarikat dan Pihak-Pihak dengan ini berikrar dan bersetuju bahawa SoC ini akan:
-
ditadbir dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia;
-
berkuat kuasa dan mengikat Syarikat, Pihak-Pihak dan MV mulai tarikh SoC ini ditandatangani oleh, dihantar kepada dan diterima oleh MV (dan oleh itu dilaksanakan oleh MV sebagai bukti penerimaan), kecuali dipersetujui sebaliknya secara bertulis (“Tarikh Berkuat Kuasa”);
-
membenarkan pangkalan data MV dan agensi pelaporan kredit berdaftar berkaitan menyimpan maklumat kredit dan perdagangan yang berkaitan dengan Syarikat dan Pihak-Pihak selagi mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa serta sebarang pindaan (termasuk PDPA), dan oleh itu Syarikat dan Pihak-Pihak hendaklah menanggung rugi, melindungi, melepaskan dan membebaskan MV, agensi pelaporan kredit berdaftar berkaitan, para pengarah, pegawai, ahli, pekerja atau ejen masing-masing daripada semua liabiliti dan akibat mudarat yang timbul daripada atau berkaitan dengan persetujuan di atas dan pelaksanaan mana-mana/semua aktiviti yang dinyatakan termasuk pendedahan berikutnya ke atas sebarang maklumat yang berkaitan dengan Syarikat dan Pihak-Pihak;
-
ditandatangani tanpa dan tidak di bawah paksaan atau tekanan, pengaruh tidak wajar atau perjanjian yang tidak munasabah atau menindas dalam apa jua bentuk yang boleh menyebabkan SoC ini tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan, batal atau boleh dibatalkan; dan
-
tidak bercanggah dengan sebarang perjanjian, pengaturan atau komitmen yang menjadi ikatan Syarikat dan/atau sebarang Pihak-Pihak, dan oleh itu tiada kelulusan lanjut atau susulan diperlukan untuk melaksanakannya.
Sebagai saksi kepada yang tersebut, SoC ini telah dimeterai pada tarikh dan tahun yang dinyatakan di atas dan hendaklah menjadi bukti yang sah dan mutlak tentang persetujuan Pihak-Pihak terhadap perkara-perkara yang ditetapkan di sini. SoC ini adalah muktamand dan tidak boleh ditarik balik serta akan terus berkuat kuasa selagi mana hubungan perniagaan/kemudahan kredit/urusan/pelibatan berpotensi yang sedia ada masih wujud dan/atau sebarang bayaran yang terhutang oleh Syarikat dan Pihak-Pihak masih tertunggak.
